Monday, December 27, 2010

GAMBAR SAHABAT-SAHABATKU...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
sahabat2 ifa pown perlu letak kat sini.,..mane taw rindu en...heeeee~


hehe, ini sahabat ifa,,..mereka la sahabat ifa yg the BEST...
hehe,sentiasa faham perasaan ifa, di kiri..ifa pnggil dy angah..
sbb,, dy mmg ifa pny angah,,hahaha...
angah nih,selalu nasihat kan ifa...lebey2 lagi berkenaan LELAKI!!!
dy kata 'LELAKI yg baik utk PEREMPUAN yang baik,begitu jgk sebaliknya,,,,
sampai bile2 ifa akan igt apa yg dia nasihat kat ifa...
sebelah kanan pula Mazlinda ataupun kami pnggil dia adek...hehe
urm,dy nih mmg sekepala dgn kami.....paling bising la...
ada jer bnda yg dia nak mengata org tuh,,huhu......
btw, dia ni udah berpunya,,haha Mr. Z..............
kami bertiga mmg rapat...mcm adik beradik,,kan,kan,kan...
maceh sbb jd adik kak along n angah kak long...


ehem ehem...hehe,haa nie pulak sahabat ku yg lelaki..
nama dia Najib Solihin,tahniah taw awk dpt 9A...bagos2,,
btw,dia nih selalu nasihat ifa agar sentiasa mengharap redha Allah s.w.t
dia pernah minta ifa supaya hafaz al-Quran,,insyaAllah,ifa cube...
kenal dia pon daripada kawan lama ifa...
dia sekolah kat Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman,,mula kenal
tahun lepas,,tragik jugak cara kami berkenalan...haha
tak rugi jgk la knal dgn dia,,selalu nasihat ifa,sama jer dgn Muhd Farith...
urm,,,syukran taw sebab bersahabat dgn ifa......maceh,
moga diredhai-Nya..amiin

nih pulak Muhd Farith....dia baek dan sama mcm najib, selalu bg nasihat..
hehe,dia nih satu sekolah dgn najib..maahad tahfiz jgk...happy
berkawan dgn dia,,tp sekarang da jarang contact dah...hehe,,

nih nur Amylia Syazwani...dia nih baek + manja...
hehe,caring lagy...dy boley dikatakan penghibur jugakla...
urm,,dy nih comey taw,,urm amy jgn kembang ea...hahaha

 hah!!inilah dia,,jejaka2 pilihan buat kaum hawa di luar tuh...
haha,,di kiri ifa namanye muhamad Syahmi a.k.a Syomell...haha
syahmi + comel = syomell...
yg di tengah nih ehem2,,haha adik ipar ku...na taw sebab dy???
haha,mane boley...rahsia nih,hurm nama dia fikri azman a.k.a adik ipar!!!org panggil dy fiki ea..
ntah,bdk2 asrama,ta fhm sgt dowg nih,,,hehe..
di kanan pulak hafizul...dy nih,ta bpe knal sgt...
ist tym ckp nan dy tym PMR...huhu,tp bkn tym exam,tp after exam laa
ish,takkan la na ckp tym exam pulak,nty kena tangkap pdn muka...

haaaa...inilah sahabat2ku di sekolah dan di kelas...huhu,,lpas nih maybe dah terpisah ke tmpat laen....
atas kiri : Hafizhat a.k.a ejat, naufal, faiz, azrai,haiman, ayman,zikree, aizat, faiz, fawwaz
tengah kiri: shikin, balqis, maisarah, aidilha, iffah, zalia, eja,  amylia, intan, jiha, iqa, hani, mazlinda, iliya, nabilah...
duduk kiri: diyanah, syahirah, izzati, adzie, ibu kami *pn. Maziah, salman, naim, syed ahmad,anas, samhan..
hehe... nih la sumber2 inspirasi bila dalam kelas...haha,normal la kalu bergaduh atau bergurau...hehe..
moge mereka berjaya,,urm maceh kerana mnjadi sahabat ku dari tingkatan1 lg...
maaf ats kesalahan diri ini...sayang sume...

haaaa...nih pulak Mohd Salman,,monitor kelas ifa...dia kalau bergosip mmg power,,
hahaha,,tp kalau na mrh org dlm klas mmg jarang laaa,,hehe
salman,,jgn marh taw,,heheh gurau jer...huhu

nih Adzie farahah...adzie nih pulak assistnt monitor...penolong kpd salman la sng kata,,,
hoho,,kdg2 dy mrh jgk kalau bdk2 dlm klas buat perangai en..tp kdg2 dye nih okey!!!
boley bwt gurau2 la jugak...hehe,,,gudluck ea adzie!!

nih bendahari klas ifa...amanina izzati...tugas biasa selalu kutip duit laa..
hoho,,cian dia..yg paling letih tym kutip duit tp bdk2 klas tamau bayar,,,
mmg Tuhan saja yg tahu waktu tuh..hehe,,ada jer yg nak lari bile mnx duit...
mcm ne ifa taw?? ifa tau lah sbb ifa selalu tolong dy...hehe,,kan,kan,kan...

nih pengawas2 pulak..dalam kelas ifa ada 2 org pgawas lelaki,,5 orang pngawas pmpuan...

nih Muhamad Na'im...dia nih mmg antara yang terbising kat dalam kelas..
suka mnyakitkan hati org,,,tp biasala budak2 lelaki en...lambat matang en...
huhu,,rilek ea na'im,,gurau2 jer...ta amek ati en..hoho

nih Syed Ahmad...huhu,dia ni pon sama,,,lambat matang  jgk...
hahaha,,sabar taw Ahmad...hurm,,Ahmad dan Na'im nih dulu
satu sekolah nan ifa...time skolah rendah...so mmg da tahu la perangai
mereka-mereka nih...haha,,kata orang,, 'dah masak sgt la dgn mereka nih...'
hurm,,dua2 mcm ta serius jer,,huh,,tp okey jgk sbb kalu dorg ta bising.,
nty senyap sgt kelas,,hurm,,,,,

Nurhani Khaisah...dia nih pandai!!!!congrats ea hani sbb dpt straight A's dlm PMR baru2 nih..
tahniah!!dia kalu belajar konform tanak diganggu..dia suke tolong org...
alhamdulillah,,murah rezeki dia kan.,...maceh sbb tolong dlm belajar selama nih ea..

nih atikah....org pnggil eti....hehehe,,dy nih mmg gempak,,sbb kalau ada pegi buat reunion ker konpom dia yg setuju dulu...haha,,beselaa,,terhutang budi sgt2 kat dia,,baek dy nih taw...

ABANG-ABANG ku

assalamualaikum...abg yg sentiasa menyokong ku

nih abang Zarul...dia senior ifa...abang angkat yg pertama...
hehe,dia skrg study kat Mesir, amek medic...
abg angkat kak Ara rara jgk....hehe,kak ara, rindu kan kat abg Zarul...
huhu,abg zarul CIPOT *tagline dy*.....


 abang Noh...dia da abes SPM da..hehe,gud luck taw abg..
btw, dpt g plkn kan,kan,kan...elok2 jgn sosial sgt...
kim salam sayang sama kak peja yah...huhu,mkn nasi minyak jemput adek...
maceh,


haaa...nih abg ariff....sebaya nan abg noh tadi..hehe
dy baek,,cute lagi.....tp malu-malu ckit,,hahaha..
btol kan abg,,uhuk2.....thun dpan kalu g sambong study
kat mne2 jgn lupe ifa taw....hehe


hahaha,nih abang kirin plak...Zakirin a.k.a cik abg,,,
urm,dy nih tingkatan empat n taon dpan na amek SPM...
huhu,dy nih giler2 sikit, first time knal dy nih,ifa mnyampah jgk,,tp 
lama2 knal dy,baru taw yg dy nih sengal + ta betol ckit..
maaf abg kalau ter mengata...haha,
sbb adk taw yg abg xkn terasa pown..

 haa,nih plak abg khairul a.k.a along ifa...
urm,,strategik ckit cara ifa knal dgn dia...hehe,
maceh taw byk tolong ifa...jasa along akan ifa kenang..
hehe,jaga diri thun dpan spm en...buat elok2 ea..



Saturday, December 25, 2010

RINDU ATOK

assalamualaikum..
malam nih atok ana ifa na balek dah..kampong kt Pahang...tadi atok datang bg duit then ucap tahniah atas result PMR...sedey sgt...atok,ifa rindu atok..jangan lupe dtg KL lagi taw...
atok dtg then ckp,supaya belaja rajin2, SPM ada lagi,tahniah sebab dapat *A...
huhu,,terharu nye...urm,sayang atok,rindu atok!!!
:)

Thursday, December 23, 2010

gambar kecil ku....

waktu nih kat uma lama...hehe
bersama ana pny abg...bpe tahun tah,ta sure..

hehe...masa nih ta mataNG lagi...jd tu yg terjelir2 tuh...huhu...haha



Tuesday, December 21, 2010

KITA SAHABAT SELAMANYA..


Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya


Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya…
selama-lamanya…
setia…

Monday, December 20, 2010

COUPLE ITU HARAM ke????


Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA.Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating"�, ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram�. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA. Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR. Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA. Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

ILMU-BENTENG

 Ilmu bermanfaat benteng buat diri
Menjadi jurang yang berbeza
Antara bijaksanan dan kejahilan
Antara mulia dan kehinaan

Kau ibarat permata
Yang berharga bermakna
Kau kepunyaan semua
Hadirmu adalah cahaya kepada manusia
Anugerah sang pencipta

Tanpa ilmu apa ada pada rupa
Tanpa ilmu apalah ertinya harta
Ilmu mentadbir diri sempurna
Masyarakat berilmu negara sentosa

Nasihat pada yang terlupa
Membantu menjadi insan berguna
Melenyapkan kemunduran juga
Menyapa pada kejayaan
Menjana pembangunan
Warnai kehidupan
Kebahagiaan.

CINTA DAN SAHABAT


Suatu hari, CINTA dan SAHABAT berjalan-jalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga. Kenapa?? Kerana 'CINTA itu BUTA'..Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa?? Kerana 'SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA!!' Di dalam telaga, CINTA hilang. Kenapa?? Kerana 'CINTA itu HALUS', mudah hilang jika tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan SAHABAT masih lagi mencari-cari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?? Kerana 'SAHABAT itu SEJATI dan akan KEKAL sebagai SAHABAT yang setia'.

Sunday, December 19, 2010

TEMANKU SAYANG....

Teman, aku ingin
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Hajjaj dengan rela,
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Mogakan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf
Tetap mencintai saudaranya
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah
Semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti...

semoga persahabatan kekal selamanya..insyaAllah

Saturday, December 18, 2010

KENANGAN KU BERSAMA AHLI KELUARGA 3ARIF!!

Mohd SALMAN
Mohd NAUFAL
Mohd AYMAN
ANAS Hadi
FAWWAZ naufal
Mohd FAIZ
SHAHRUL ashraf
Syed AHMAD
Muhd NA'IM
Muhd HAFIZHAT
Muhd ZIKREE
Muhd AIZAT
Ahmad SAMHAN
Arif AZRAI
Muhd HAIMAN
--------------------------------------------------------------
ADZIE Farahah
BALQIS Aman
Nur DIYANAH
NurHANI
Nur NAJIHAH
Nurul SYAFIQAH
ZALIAanis
Nurul ATIKAH
MAISARAH Meor
NorASHIKIN
Nur AMANINA
Nik IFFAH
MAZLINDA Masri
Nurul IKMAL
INTAN Syafiqah
Nur HAFIZHA
Nur AIDILHA
Noor SYAHIRAH
Nur AMYLIA
NABILAH Athirah
Nur ILIYA
AINA Nisa

sahabat-sahabatku..ana harap kalian akan berjaya, semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan diredhai ALLAH,InsyaAllah...jangan pernah kalian berputus asa dan jangan pernah melupakan persahabatan yang terjalin ini..kerana,di suatu saat nanti kalian akan merinduinya..ana sayang kalian,kalian merupakan sumber inspirasi di saat setiap kali ana ke sekolah..tidak akan ana lupa saat kita bersama..saat kita kena marah,gelak ketawa,saat kita kena pindah ke makmal kerana kelas kita mempunyai masalah..perkampungan PMR,kem bahasa arab...ke kilang coklat..MasyaAllah!banyak sungguh kenangan kita..
sewaktu kita baru memasuki tingkatan satu,Pn. MARZURIA banyak membimbing kita dan menjadi ibu kita..AIZAT menjadi ketua kelas dan IKMAL penolongnya..AINA yang dulunya menjadi bendahari..HANI,IFFAH,ILIYA dan SYED AHMAD menjadi pengawas waktu itu,juga MAISARAH..akhir tahun,kita ada jamuan dan tukar-tukar hadiah..hehe,seronok waktu tu..
tingkatan dua pula, Pn. TENGKU ROHANA menjadi ibu kita..si kembar menjadi ketua dan penolong..siapa lagi kalau bukan HAFIZHAT dan HAFIZHA..
IKMAL menjadi bendahari..AINA pindah di awal tahun dan diganti dengan ADZIE,SHAHRUL dan HAIMAN..ATIKAH,IKMAL dan ZALIA serta NAIM menjadi pengawas..DIYANAH yang selalu di'gosip'kan dengan HAFIZHAT pula menjadi pengawas pusat sumber..NABILAH dan HAFIZHA menjadi briged cyber..RUSYAIDI pula suka digosipkan dengan AMYLIA..hahaha
di saat kita di tingkatan tiga pula ibu kami ialah 'Pn. MAZIAH'..ketua kelas kami pula SALMAN menjadi ketua dan pada mulanya INTAN ingin menjadi pen ketua kelas,tetapi jawatan itu diambil pula oleh ADZIE..hehe,bendahari kelas pula AMANINA yang sentiasa mengutip duit..MAZLINDA dan SYAHIRAH memang bising di dalam kelas..AIDILHA si puteri beradu kita yang memang kerjanya 'tidur aje'..kemasukan ASHIKIN sebagai pelajar baru juga menjadi ahli kelas kami..si pandai kami ialah NAJIHAH,SYAFIQAH,AYMAN,ZIKREE,NAUFAL dan tak lain tak bukan profesor kita SAMHAN..FAWWAZ dan ANAS yang selalu bergaduh itu tak kira masa,asalkan ada masa yang terluang je mesti nak mengejek-ejek dan bergaduh(bukan bertumbuk taw)..AMYLIA dan ILIYA yang sentiasa bergurau,huhu rindu nak dengar mereka bergurau..FAIZ yang senyap sentiasa,tapi dia pandai taw..ohh lupa pula,AZRAI si putera beradu kta..haha,BALQIS yang senyap di dalam kelas dan rapat dengan peolong kita..
ouh,rindunya melihat gelagat dan perangai mereka..sangat menghiburkan hati..yang bestnya waktu party kelas di KFC Wangsa Maju..hehe,semua smart!!
saat kita menangis,ketawa,senang dan susah..kita lalui bersama,jangan kata yang kalian tak rindu semua itu..
maaf jika ada kesalahan ana yang membuatkan kalian semua makan hati atau terasa..tapi kita semua belajar daripada kenangan dan pengalaman kan??jadi pengalaman itu yang bermakna dan sangat memberi kesan dalam hati dan sanubari kita..ingat tau sahabat-sahabatku sekalian,jangan pernah lupa perhubungan kita ini..
akhir kata daripada ana..ana akui ana ini insan biasa dan sering melakukan kesalahan..ampunkan dan maafkan ana kerana pernah bergaduh atau mungkin ada yang berkecil hati dengan ana..maaf sangat-sangat....
*kenangan di 1ARIF, 2ARIF dan 3ARIF di SMK Sungai Pusu tidak akan pernah ana lupakan dan ana tidak mahu untuk melupakan segala kenangan kita bersama..hehe,selamat tinggal..jikalau ada umur yang panjang insyaAllah kita berjumpa di lain tahun....rindu kalian semua...*

ikhlas daripada N.I.N

Friday, December 17, 2010

'ihdinassirathol mustaqim'

'Ihdinassirathol mustaqim'
"kau tahu dalam sehari kita minta doa ni kat allah lebih kurang 17 kali belum campur solat rawatib dengan solat sunat yang lain tapi.."
"tapi?"
"tapi orang yang minta doa tu tak pernah mencuba untuk berada di jalan yang lurus pun, lepas solat buat maksiat, yang lagi pelik solat 5 minit buat maksiat macam bual2 kosong 5 jam pun tak cukup.."
"sebab mereka rasa mereka berada di jalan yang lurus.."
"maksud kau??"
"yela, cuba kau tengok mereka tak rasa bersalah pun buat perkara seperti tu, jadi mereka berada di jalan yang lurus lah.."
"mana boleh macam tu. kita pun tahu yang itu bukan jalan yang lurus.."
"sebab itu untuk mendapat jalan yang lurus kita perlu ada arah atau kiblat yang betul.."
"macam mana?"
"dengan syariat.."
"syariat? terang la sikit.."
"aku bagi analogi, contohnya kau baru beli satu 'device' baru. kau mesti kena tengok panduan atau manual untuk mendapatkan penggunaan yang semaksimum daripada 'device' yang kau baru beli. kalau kau tak tengok panduan atau manual tersebut mungkin ia boleh digunakan tapi menurut cara kau, tak seperti yang dianjurkan atau 'lari' sikit daripada cara penggunaaan yang sebenar. mungkin juga 'device' tersebut akan berakhir 'hayatnya'.."
"jadi untuk mendapatkan jalan yang lurus kita haruslah berusaha mendapatkan kiblat yang benar?"
"betul2.. contohnya kau nak solat tapi berkiblatkan KL, takkan diterima oleh Allah. tapi orang yang digelar cerdik pandai dalam bidang agama, haruslah memberi 'kiblat' yang sebenar kepada orang yang masih terumbang ambing di atas jalan lurus rekaan mereka..
"apabila betul kiblat, barulah lurus jalannya dengan selurus-lurusnya.."
"betul.. barulah ayat seterusnya dapat direalisasikan, 'sirathol lazina an'amta alaihim ghairil maghdubi alaihim walad dhollin' iaitu kita berada di atas jalan orang yang mendapat nikmat atas taatnya kita menurut 'disiplin' syariat yang ditetapkan Allah.."

terfikir betapa hidup di dunia seperti 'kem tentera' yang sentiasa mengajar ahlinya supaya berdisiplin untuk hidup yang sebenar-benarnya di akhirat kelak.. Apakah aku di jalan lurus ataupun arah yang benar??

(ini ialah monolog dalaman saya ketika merenung surah al-fatihah yang saya baca selepas habis solat maghrib)

Teringat kata2 orang munafiq dalam surah al-baqarah ayat 11 "Dan apabila dikatakan kepada mereka(orang munafiq) 'Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi,' Mereka menjawab 'sesungguhnya kamilah orang yang melakukan kebaikan (di muka bumi)'

buat akhii 'N' dan ukhti 'A'..^_^

sahabat,
tidak pernah jemu,
tidak pernah penat,
mengajakku dengan lebih dekat ke arah-Nya..

kini,
kita sudah membawa haluan masing-masing,
kau sudah tiada di depan mataku,
kau hanya bertempat di hatiku
dekat,terlalu dekat...

Tuhan,
apakah aku punya peluang??
peluang untuk bertemunya,
aku yakin,ya Tuhan..
aku pasti bertemunya suatu hari nanti..

dia telah mengajar aku
agar tidak mudah terpedaya dengan LELAKI!
kerana pesannya, 'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'
ya, begitu juga sebaliknya..

kita berkawan,bersahabat..
hanya kerana Allah..
InsyaAllah, Dia akan meredhai persahabatan kita..

'My dear friend, simple poem for you,forgetting
you is hard to do,but forgetting me is up to
you,forget me not,forget you never,forget this
message,but not the sender. I miss You because
of Allah'


ingatlah sahabatku,
aku tidak akan pernah
melupakan seorang sahabat
sepertimu!!!!

buat ukhti 'A'
buat akhii 'N'

Thursday, December 16, 2010

buat semua GURU yang tanpa jemu mendidik ku..

ku kenang jasamu GURUku..........

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

BUAT SEMUA REMAJA yang ku SAYANGI

Remaja...
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah...
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada..
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

Ingatlah remaja semua!!

ikhlas dari 'ana'

RABIATUL ADAWIYAH

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Srikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

NOTA CINTA BUAT-NYA

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Wednesday, December 15, 2010

lafaz SRIKANDI AISYA HUMAIRA

UTUSAN BUAT TEMAN
Temanku,
Hidup ini tidak selalu bahagia,
Kadangkala kita merasakan pedihnya
Hingga terkadang menusuk di hati
Kepedihannya bisa membuat hati begitu terhiris

Namun,
Biar susah kita rasakan,
Biar pedih kita memikirkan,
Biar payah dibebankan

Kerana,
Hanya satu yang ku lihat...iaitu...
Nur Tuhan tidak pernah padam,
Selagi kita tahu untuk membezakan
Yang mana satukah kaca atau permata
Mahupun 'KRISTAL'

Dan,
Jika disinilah terjadinya ukhwah seikhlas ini,
Jika disinilah aku bisa mencari penawar segala racun
Aku pasti akan menanti disini..
Menanti dengan penuh kesetiaan di hati..
Ingatlah, dengan izin-Mu, Ya Allah.....

Ya Allah,
Jadikanlah kami hati yang sentiasa bercahaya
Yang mendamaikan jiwa di dada..
Aku harap itu tidak akan luput selamanya..
Walaupun sekiranya..
Pada ketika itu, aku tidak punya apa-apa...

Hasil Nukilan Temanku: Srikandi Aisya Humaira..

Thursday, December 9, 2010

KITA TERPERANGKAP DALAM ZON SELESA????

Bila menyelusuri beberapa buah blog dan tulisan di dalam facebook teman-teman, sudah ada di kalangan mereka yang mencatat betapa masa begitu pantas berlalu. Baru tersedar bulan Disember sudah menjengah. Tak lama nanti, Januari pun menyusul dan tahun 2011 akan datang dalam bukaan kalendar.
Ya, masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan kita lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang, maka kita sudah jadi umpama robot. Begitulah kita, bila kehidupan sudah dicarta oleh suasana di sekeliling.
Rutin bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang ke rumah, makan malam, menonton TV dan kemudian tidur akan dilakukan setiap hari. Kita lalui ia tanpa jemu-jemu. Tanpa sedar kita lakonkan skrip perulangan ini dengan rela hati kerana kita berasa selamat di dalam acuan yang kita cipta sendiri. Zon selesa sudah menjadi kepompong kehidupan diri. Sebab itulah, jiwa meneroka, jiwa mengembara mahupun naluri survival kita sudah tumpul.
Kerana itu, kita aktif dalam sukan bolasepak, boling, skuasy, lumba kereta dan perahu layar. Kita aktif sebagai penyelam skuba, memanjat gunung, mencari artifak di hutan Amazon dan terjun dari kapalterbang dengan kelajuan 80 kilometer sejam. Tetapi kesemuanya kita lakukan sambil mengunyah karipap di depan TV! Kita terlibat dan cemas menghadapi gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, kemalangan, taufan, peperangan, pembunuhan dan pemberontakan. Tetapi kesemua itu pun kita saksikan sebagai penonton.
Sekadar Menjadi Penonton, Bukan Pengubah
Akibat terkurungnya diri di dalam putaran yang kita cipta sendiri, maka kita menjadi insan yang pasif. Apa sahaja yang terjadi pada dunia hanya ditatap. Hanya mata yang merakam. Tetapi otak masih beku untuk simpati, apatah lagi empati. Bila hati dah jemu, kita alih saluran TV untuk menonton hiburan demi hiburan demi hiburan.
Malangnya, di sini pula kita teruja. Perasaan geram, meluat, marah atau pun berasa sedih hingga mengalirkan air mata boleh pula terjadi andainya calon bakat artis pilihan di dalam sebuah rancangan realiti gagal untuk memasuki pusingan seterusnya. Mengapa kita sudah jadi begini?
Tidakkah ada rasa bersalah, apatah berasa rendah diri kerana hanya menjadi penonton dan bukannya pengubah kepada apa yang berlaku di sekeliling kita? Bukankah sedari kecil, kita berani, kita degil, kita suka mencuba apa yang dilarang oleh orang tua kerana jiwa kembara kita yang membara?
Ya, sewaktu kecil dahulu kita boleh bermandi hujan. Hari ini kita berlari dari padang letak kereta ke pejabat semata-mata kerana takut kepala kita pening terkena hujan gerimis. Dahulu, kita boleh terjun ke sungai dan berkubang di dalam sawah. Hari ini, kita terketar-ketar hendak melangkah parit kecil menuju ke gerai pasar malam. Dahulu, kita berani panjat pokok. Hari ini, semangat kita hendak terbang ketika memanjat tangga untuk menyapu sawang di siling rumah.
Seharusnya, semakin kita dewasa, kita menjadi semakin handal, semakin berani dan semakin pakar dalam apa jua bidang yang kita terokai. Hari ini lebih bagus daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Itulah yang seharusnya menjadi semangat untuk memaju diri. Umpama berlian yang semakin lama semakin keras dan semakin tinggi nilainya. Bukan seperti bangkai yang semakin lama semakin busuk, semakin reput dan akhirnya menjadi debu.
Tetapi, kerana terlupa untuk bermuhasabah diri, kita biarkan diri hanyut di arus kehidupan. Hinggakan kita ada kerja, tetapi tiada kerjaya, ada daya tetapi tiada usaha, ada keinginan tetapi tiada hasrat dan ada mimpi tetapi tiada impian. Begitulah bila kita biarkan minda dipengaruhi unsur-unsur dari luar sehinggakan suara hati sendiri telah tenggelam.
Berubah Dengan Menambah
Berubahlah. Berubah dengan menambah. Apakah bahasa baharu, buku baharu, hobi baharu atau surah baru yang sudah dihafal pada tahun ini? Apakah jumlah sedekah kita sudah bertambah? Apakah kita boleh menerima teknologi baru, jika bukan sebagai penciptanya, sekurang-kurangnya sebagai penggunanya?
Kalau kita menutup buku sebaik sahaja kita menyimpan skrol ijazah, kalau kita menutup hati sebaik sahaja kita melipat sejadah, maka kita akan jadi sama seperti orang lain di luar sana. Mereka di luar akan bercakap ~ bukan bertutur, mengagak ~ bukan mentafsir, mengira ~ bukan mencongak, kasihan ~ bukan prihatin dan pandai bertanya tetapi tidak reti menyoal. Kita jadi orang biasa di kalangan orang yang biasa.
Jika dipandang dari langit, kita seperti sekelompok haiwan yang berkulit, berwajah dan bertindak mengikut apa yang dibuat oleh haiwan yang lain. Jika begitulah kita, sukar juga kita menjadi insan terpilih. Kreatifnya Allah Al-Mussawir, membentuk wajah-wajah manusia yang berbeza. Meskipun kita semua mempunyai dua mata, dua telinga, satu hidung dan satu mulut. Tidak ada satu pun wajah kita di antara berbilion manusia yang lain mempunyai yang serupa. Sehinggakan pasangan kembar pun ada perbezaan raut wajahnya. (Yang punyai wajah yang serupa hanyalah pelanduk!)
Oleh kerana tidak ada satu pun manusia yang sama seperti kita, sewajarnyalah kita menjadi insan unik. Punyai identiti, hasrat, impian, iltizam mahupun istiqamah yang lain daripada orang lain. Kita patut begitu kerana bukan orang lain. Kita adalah diri kita.
Kita bukannya stereotaip!

MUHASABAH MAAL HIJRAH 1432 ^_^

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

BUAT INSAN YANG BERNAMA LELAKI

Jadilah seorang lelaki yang beriman, Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah, Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu, Yang sentiasa dahaga akan pahala, Yang solatnya adalah maruah dirinya, Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki, Yang menjaga tutur katanya, Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki, Yang menghormati ibu bapanya, Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam, Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah, Yang boleh diajak berbincang dan berbicara, Yang menjaga matanya dari berbelanja, Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki, Yang tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa mengingati mati, Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki, Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

ANTARA SAHABAT, CINTA DAN RABB..

Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.
Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.
Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.
Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.
Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.
Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.
Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu.

Sunday, December 5, 2010

KENAPALAH ENGKAU MALAS SEMBAHYANG???

. .Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

SAYYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Khalifah Abu Bakar as-Shiddiq RA.
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban
Muhammad SAW wafat tanpa meninggalkan pesan siapa yang harus menggantikannya sebagai pemimpin umat.. Beberapa kerabat Rasul berpendapat bahwa Ali bin Abu Thalib - misan dan menantu yang dipelihara Muhammad SAW sejak kecil - yang paling berhak. Namun sebagian kaum Anshar, warga asli Madinah, berkumpul di Balai Pertemuan (Saqifa) Bani Saudah. Mereka hendak mengangkat Saad bin Ubadah
sebagai pemimpin umat.
Ketegangan terjadi, Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah datang untuk mengingatkan mereka. Perdebatan terjadi, sampai dua tokoh Muhajirin dan Anshar - Abu Ubaidah dan Basyir anak Saad - membaiat Abu Bakar. Umar menyusul membaiat. Demikian pula yang lainnya. Pertikaian selesai. Selasa malam menjelang salat Isya - setelah Muhammmad SAW dimakamkan - Abu Bakar naik ke mimbar di masjid Nabawi. Ia mengucapkan pidato pertamanya sebagai khalifah. Pidato yang ringkas dan dan berkesan di kalangan umat. Itu terjadi pada Juni 632, atau 11 Hijriah. Abu Bakar adalah orang pertama di luar kerabat Rasul yang memeluk Islam. Ia dikenal sebagai orang yang selalu membenarkan ucapan Muhammad SAW. Ketika orang-orang menghujat Muhammad SAW karena mengatakan baru mengalami Isra' Mi'raj, Abu Bakar menyatakan keyakinannya terhadap peristiwa itu. Ia menyiapkan perjalanan serta menemani Muhammad Saw saat hijrah ke Madinah. Ia juga menikahkan putrinya, Aisyah, dengan Rasul.

Namun tak bererti kepemimpinan Abu Bakar mulus. Wafatnya Muhammad SAW menimbulkan pembelotan besar-besaran dari berbagai kabilah yang baru masuk Islam. Mereka tidak lagi patuh pada pemerintahan di Madinah. Beberapa orang malah menyatakan diri sebagai Nabi. Aswad Al-Insa di Yaman yang menyatakan diri sebagai Nabi dan membolehkan orang tidak solat dan berzina, telah dibunuh oleh orang dekatnya saat Rasulullah sakit. Sekarang ada Tulaihah dan Musailamah yang berbuat serupa.

Di Madinah pun, Abu Bakar berselisih pendapat dengan Fatimah, putri Muhammad SAW, mengenai cara pengelolaan wang negara. Keluarga Rasul - termasuk Ali bin Abu Thalib - baru mengakui kepemimpinan Abu Bakar enam bulan kemudian, setelah Fatimah wafat. Tugas pertama yang dilakukan Abu Bakar adalah melaksanakan amanat Rasul: memberangkatkan pasukan Usamah bin Zaid ke arah Palestina dan Syam. Ia sendiri -dalam usia 61 tahun - kemudian memimpin tentara menggempur Tulaiha. Operasi tenteranya berjaya. Setelah itu, Abu Bakar membentuk 11 regu untuk menaklukkan kabilah-kabilah yang menolak membayar zakat. Yakni dari Tihama di Laut Merah, Hadramaut di ujung Lautan Hindia, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait di Teluk Persia. Pertempuran paling sengit terjadi melawan pasukan Musailamah yang memiliki 40 ribu pasukan.

Tentara dari Madinah sempat hancur. Berkat kecerdikan panglima Khalid bin Walid, mereka memukul balik lawan. Seorang tentara Khalid, Al-Barra, berhasil melompati benteng Al-Hadikat dan membuka pintu dari dari dalam. Musailamah tewas. Pasukan Khalid kemudian bergerak ke Utara, menuju lembah Iraq yang saat itu dikuasai kerajaan besar Persia. Pada 8 Hijriah, Raja Persia Kisra merobek-robek surat yang dikirimkan Muhammad SAW. Rasul lalu menyebut Allah akan merobek-robek kerajaan Persia pula. Saat itu tiba melalui tangan Khalid bin Walid yang hanya membawa sedikit
pasukan. Dalam perang di Allais tercatat 70 ribu orang tewas. Setelah itu Kerajaan Hira pun ditaklukkan. Jadilah seluruh wilayah Iraq sekarang masuk dalam wilayah kekhalifahan Abu Bakar. Setelah itu, Khalifah Abu Bakar mengirim 24.000 pasukan ke arah Syria, di bawah komando empat panglima perang. Mereka bersiap menghadapi 240.000 pasukan Romawi - kekuatan terbesar di dunia pada masa itu - yang diperintah Heraklius. Abu
Bakar menetapkan Yarmuk sebagai pangkalan mereka. Ia juga memerintahkan Khalid bin Walid - yang berada di wilayah Iraq - untuk pergi ke Yarmuk dan menjadi Panglima Besar di situ. Sebanyak 9000 pasukan dibawanya. Abu Bakar mencatat banyak keberhasilan. Di jazirah Arab, ia telah berhasil menyatukan kembali umat Islam yang pecah setelah Rasul wafat. Di masanya pula, Islam mulai menyebar ke luar jazirah Arab. Meskipun demikian, ia tetap dikenal sebagai seorang yang sederhana. Ia hidup sebagaimana rakyat. Tetap pergi sendiri ke pasar untuk berbelanja, serta tetap menjadi imam solat di masjid Nabawi.

Selama dua tahun tiga bulan memimpin umat, ia hanya mengeluarkan 8.000 dirham wang negara untuk kepentingan keluarganya. Jumlah yang sangat sedikit untuk ukuran waktu itu sekalipun. Ia juga memerintahkan pengumpulan catatan ayat-ayat Quran dari para sekretaris Rasul. Catatan-catatan itu dikumpulkan di rumah Hafshah, putri Umar. Abu Bakar meninggal dalam usia yang hampir sama dengan Rasul, 63 tahun.

SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan.

Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."
Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.
Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.
Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab ) , ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."
Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.
"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.
Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."
Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."
Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 :

Maksudny:
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. "


Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.
Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

SAYYIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Uthman Affan Pengumpul al-Quran

Saidina Uthman berasal daripada keluarga Umaiyah yang lahir pada tahun 574 dan dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia.

Ketika itu beliau berusia 70 tahun dan memerintah empayar Islam selama 12 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 82 tahun akibat dibunuh.

Pada suatu ketika beliau menjadi kebanggaan suku kaumnya, malah sangat disanjungi, lebih-lebih lagi keluarganya berharta, namun selepas memeluk Islam beliau dicemuh ahli kaumnya yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Tetapi beliau seorang yang berani dan tidak berputus asa, malah selepas mendapat hidayah beliau tidak teragak-agak untuk berada di samping Rasulullah dan perjuangannya, walaupun ramai yang menentang.

Saidina Uthman adalah antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Sidiq dan tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.

Beliau mendapat gelaran Zin Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana Rasulullah s.a.w mengahwinkannya dengan dua puterinya iaitu Ruqayah dan kemudian dengan Ummu Kalthum selepas Rauqayah meninggal.

Sepanjang pemerintahannya dari tahun pertama hingga keenam, banyak kejayaan diraih. Empayar Islam berkembang hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunia, Maghribi dan Eropah.

Antara jasa khalifah Uthman yang besar ialah penyusunan semula al-Quran dengan sebutan lahjah Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.

SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

KISAH SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIBSayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Omar waraknya. Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi tidak berhasil. Bila balik di dapatinya tersedia tiga biji tamar. Sehari suntuk beliau tidak makan. Sedang ia hendak menyuap tamar yang ada di rumahnya itu tiba-tiba beliau teringat, "Tamar siapakah ini?". Isterinya Fatimah menerangkan bahawa tamar itu memang disimpankan untuknya. Baru ia hendak menyuap, tiba-tiba terdengar orang memberi salam dan berkata; "Saya orang miskin kelaparan, kerana Allah ..Ya Ali !!! berilah saya makanan". Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu.


Bila beliau menyuap untuk kali yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya Ali.... saya anak yatim. Kerana Allah berilah saya makan kerana saya sangat lapar". Tidak jadi dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu kepada budak tersebut.





Sedang beliau ingin menyuap untuk kali yang ketiga, datang pula seorang lelaki. "Ya Ali...saya seorang yang merana, kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terus diberinya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah.


Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda meraung menangis hingga gempar dan hairanlah orang melihatnya. Apabila ditanya kepada janda-janda itu?, jawab mereka:


"Tumbanglah harapan kami, putuslah pergantungan kami, kerana selama ini Ali lah yang menanggung dan menyara kehidupan kami"


Tegasnya dalam sulit, tiada siapa yang tahu bahawa Ali telah menolong janda-janda itu, Ali miskin kerana ingin menyenangkan orang lain. Inilah kemurniaan Tasauf yang bergemilapan pada peribadi Sayyidina Ali bin Abi Talib.


Wallahhualam.

apa ada pada nama RABIATUL ADAWIYAH??

RABIATUL ADAWIYAH
R = Ramah
A = Amanah
B = Bijaksana
I = Ikhlas
A = Alim
T = Tulus
U = Untung
L = Lemah-lembut
A = Abadi
D = Dinamik
A = Asli
W = Warak
I = Idealistik
Y = Yakin
A = Adil
H = Harum

kisah SRIKANDI RABIATUL ADAWIYAH

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabia'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabia'tul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.



--------------------------------------------------------------------------------