Friday, December 17, 2010

'ihdinassirathol mustaqim'

'Ihdinassirathol mustaqim'
"kau tahu dalam sehari kita minta doa ni kat allah lebih kurang 17 kali belum campur solat rawatib dengan solat sunat yang lain tapi.."
"tapi?"
"tapi orang yang minta doa tu tak pernah mencuba untuk berada di jalan yang lurus pun, lepas solat buat maksiat, yang lagi pelik solat 5 minit buat maksiat macam bual2 kosong 5 jam pun tak cukup.."
"sebab mereka rasa mereka berada di jalan yang lurus.."
"maksud kau??"
"yela, cuba kau tengok mereka tak rasa bersalah pun buat perkara seperti tu, jadi mereka berada di jalan yang lurus lah.."
"mana boleh macam tu. kita pun tahu yang itu bukan jalan yang lurus.."
"sebab itu untuk mendapat jalan yang lurus kita perlu ada arah atau kiblat yang betul.."
"macam mana?"
"dengan syariat.."
"syariat? terang la sikit.."
"aku bagi analogi, contohnya kau baru beli satu 'device' baru. kau mesti kena tengok panduan atau manual untuk mendapatkan penggunaan yang semaksimum daripada 'device' yang kau baru beli. kalau kau tak tengok panduan atau manual tersebut mungkin ia boleh digunakan tapi menurut cara kau, tak seperti yang dianjurkan atau 'lari' sikit daripada cara penggunaaan yang sebenar. mungkin juga 'device' tersebut akan berakhir 'hayatnya'.."
"jadi untuk mendapatkan jalan yang lurus kita haruslah berusaha mendapatkan kiblat yang benar?"
"betul2.. contohnya kau nak solat tapi berkiblatkan KL, takkan diterima oleh Allah. tapi orang yang digelar cerdik pandai dalam bidang agama, haruslah memberi 'kiblat' yang sebenar kepada orang yang masih terumbang ambing di atas jalan lurus rekaan mereka..
"apabila betul kiblat, barulah lurus jalannya dengan selurus-lurusnya.."
"betul.. barulah ayat seterusnya dapat direalisasikan, 'sirathol lazina an'amta alaihim ghairil maghdubi alaihim walad dhollin' iaitu kita berada di atas jalan orang yang mendapat nikmat atas taatnya kita menurut 'disiplin' syariat yang ditetapkan Allah.."

terfikir betapa hidup di dunia seperti 'kem tentera' yang sentiasa mengajar ahlinya supaya berdisiplin untuk hidup yang sebenar-benarnya di akhirat kelak.. Apakah aku di jalan lurus ataupun arah yang benar??

(ini ialah monolog dalaman saya ketika merenung surah al-fatihah yang saya baca selepas habis solat maghrib)

Teringat kata2 orang munafiq dalam surah al-baqarah ayat 11 "Dan apabila dikatakan kepada mereka(orang munafiq) 'Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi,' Mereka menjawab 'sesungguhnya kamilah orang yang melakukan kebaikan (di muka bumi)'

No comments:

Post a Comment